
Penjagaan selepas bersalin adalah amat penting.
Ini kerana semasa melahirkan bayi tubuh kita akan banyak kehilangan
darah (sebab itulah perempuan memang lebih cepat nampak tua dari
lelaki!)
Jika kita mengabaikan penjagaan ketika dalam tempoh berpantang ini, banyak masalah fizikal dan mental yang mungkin berlaku.
Jadi jangan abaikan penjagaan selepas bersalin dan ikuti 7 tips
penjagaan bersalin di bawah agar anda kembali sihat dan langsing!
***********************************
1. Bertungku
Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku
mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut
dapat dipecahkan .
Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut. Di dalam
islam sendiri pun amalan ini amat di galakkan kerana ia menjauhkan
perasaan murung atau tekanan jiwa.
Cara bertungku amat mudah. Batu sungai di panaskan dalam 15 minit.
Selepas itu ambil batu sungai tersebut dan letakkan ia di atas lapisan
daun mengkudu (keliling batu di tutupi daun).Balut batu yang berlapik
daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.
Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.
2.Berurut
Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa
melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya
bayi mudah keluar.
Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita
menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin
badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan semula.
Semasa berurut badan akan terasa hangat dan bertenaga semula. Pakailah
stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan
sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian kaki.
3.Berbengkung atau berbarut
Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan
pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan
mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.
Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana
fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi kendur dan perlu
ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan lansing semula.
Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.
4. Berpilis
Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.
Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis dan
tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu di dahi.
Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda
tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang.
Dikhuatiri peranakan boleh turun kerana menggunakan tenaga dan hentakan
lesung/ gegaran pada badan.
5.Mandi air rebusan daun.
Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf. Anda boleh
gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun
pandan.
Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka di faraj
untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun-daun
tersebut.
6.Minum ubat periuk
Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia
melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat
pemakanan.
Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan
angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak
kelihatan pucat. Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang dan
anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti
minum air teh.
7.Tidur dan rehat secukupnya.
Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnyalah.
Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau
melelapkan mata.
Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi
yang menyusu atau bayi anda meragam. Sebolehnya dapatkanlah seorang
pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh
minggu pertama.

Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.
Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.
*************************************************
Sebenarnya tak ada jalan mudah untuk tampil sihat, langsing dan menawan
selepas bersalin. Jika anda benar-benar mengikut kaedahberpantang dengan
teratur anda juga pasti mendapat hasil yang diidamkan!
Selamat mencuba!
IHSAN : http://www.mysetbersalin.com
No comments:
Post a Comment