Terdapat
beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang
dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.
Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja
bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa
penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan
(berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan.
Namun,
setelah beberapa bulan, badan ibu sudah menyesuaikan diri sepenuhnya
pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau
ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah
payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa
berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu
badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang
sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang
keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan
susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan
terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah
buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat
makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan
mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu & tidak dapat memenuhi kuantiti susu yang diperlukan.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
* Cekur Manis
Cekur
manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan
tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang
telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -
Portal herba melur.com
* Kacang Tanah
Kacang
tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium,
vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang
tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia
juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu
badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang
dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang
tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
* Air Longan
Longan kering biasanya
boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan
kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang.
Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat
menenangkan jiwa.)
* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa
jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu
badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit
mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam
bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak
memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam
segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan
hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang
sama seperti halba
* Bunga Melur
Bunga melur atau nama
saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan
terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi
masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu
ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal
sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum
menyusukan bayi.
Bagi ibu yang
berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk
tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. -
melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda
menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya
menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi
banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang
sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
* Lobak Putih
Tidak perlu dimasak
dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang
kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta
kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik
muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui
bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang
sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga
kali sehari.
* Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak
kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu.
Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu
badan anda banyak
* Jantung Pisang
Jantung pisang bukan
sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi
ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur
bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili
api.
* Makanan Tinggi CLA
Ibu menyusu yang makan
makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh
meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid
lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan
antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan
pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang
didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu
yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid
lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA
dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu
memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang
tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju,
telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu
dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian
tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement
komersial.
* Kurma
Unsur zat besi dan
kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling
tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah
kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan
kandungan susu
* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
Petikan dari: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung & http://whenmayend.blogspot.com


No comments:
Post a Comment