Saturday, November 15, 2014

Panduan membeli pakaian sekolah anak darjah satu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni selesai beli kelengkapan yang asas untuk Aimi masuk darjah satu. Semua beli di Kangar saja. Mujur ada kedai buka hari Ahad. Kalau tak terpaksalah ke Alor Setar.


Tempat mula-mula sekali kami singgah ialah Kang Store. Kat sini ada jual semua, baju sekolah, kain sekolah, tudung sekolah, kasut sekolah, stokin, dan bag. Tapi masalah yang biasa ialah tak ada size. So yang kami beli di sini cuma baju sekolah jenama Canggih. Survey harga online RM26.50, kat sini tulis pada tag RM23.90, dapat diskaun tinggal lah RM22 sehelai.

Tempat kedua kami singgah ialah kedai kasut Bata. Sederet dengan Kang Store. Ada size dan pattern yang dicari so beli 1 kasut, 2 pasang stokin, 1 kapur kasut hitam (cashier tu rekemen, kalau tak memang tak beli kot sebab tak tau pulak kasut hitam pun ada kapur dia, bukan kiwi kasut tau!). Jadilah beli sikit-sikit. Bagi ada je dulu.

Pencarian diteruskan ke bangunan bazaar baru dekat stesen bas Kangar. Masuk Eziget Trading, beli kain sekolah jenama Balcony. Size elok je ngan Aimi. Darjah 1 ni memang kena amik size paling kecik kot. Rezeki lah beli awal-awal ni ada jugak kedai yang ada stok. Macam Kang Store tadi, dia suh datang balik awal Disember, katanya stok akan sampai.

Kat Eziget Trading tu beli 2 helai kain sekolah. Murah je RM16.10. Kain licin dan tebal. OK laaa cam sesuai ngan Aimi. Nak kain Canggih tak de size. Elok je keluar kedai ni, nak masuk dalam keta nampak banner besar sebelah hujung sikit ngan Eziget Trading ni. Bukan kedai Zon Ria, sebelah lagi. Saya ngan suami sengeh-sengeh.... kain dah beli. Hahaha tadi tak nampak. Tapi masuk jugak lah tengok-tengok apa yang menarik.

Tanya punya tanya, ada kain sekolah Canggih.. size paling kecik memang cun ar dengan Aimi. Kain tebal tapi tak licin. RM27.90. So beli la satu. Sebab kedai-kedai sebelum ni tadi semua tak de size kan? ha baik amik.

Jadi tu jelah beli hari ni (takat pukul 2 petang) Karang kalau keluar sambung beli tak tau la pulak kan?

Jom layan gambar-gambar Aimi ngan Huzaifah.... balik terus menerai baju baru. Wajib la kannnn macam mak dia dulu :D

 Haih macam tak percaya pulak anak dah nak masuk sekolah rendah :)


 Nur Aimi Shahira = Cahaya Keberkatan


Muhammad Huzaifah :)

Azwa dah tido dalam keta tadi. Balik umah sambung tido jugak. Hehe takde gambar.

So yang masih belum beli ialah tudung sekolah. Saya ni agak cerewet skit kadang-kadang. Walaupun banyak tudung sekolah putih yang dijual tadi, tapi kekemasan dan keselesaan yang saya utamakan. Tudung dalam gambar diatas tu tudung Aimi pakai gi PASTI. Saya memang suka beli tudung murah-murah. Yang tu RM10 kalau tak silap. Beli ngan kawan. Tapi tak sure lah sekolah Aimi nanti boleh ke pakai tudung putih lycra yang 1 lapis tu... hmmmm

Ok, ni panduan yang saya tetapkan masa beli barang Aimi tadi

1. Baju sekolah nak jenama Canggih. Sebab? Memang dah survey awal-awal. Kainnya kualiti, tak kusam sampai hujung tahun, pastu kalau kotor memang senang basuh.

2. Kasut nak yang jenis pelekat yang ada 1 je. Tak nak jenis pelekat 2 tali tu. Sebab? Selalunya hujung bahagian pelekat tu akan bengkok ke atas. Lama-lama kain tersadung nak jalan. Kasut bertali? Tak payah ! Tak sesuai untuk budak darjah 1.

Ok, tu je lah pengalaman hari ni. Semoga membantu kawan-kawan di luar sana. Tambah-tambah orang Perlis yang tak tau mana nak tuju. Saya ni anak 3 orang consider ramai la. Tadi memang tak de orang kat semua kedai yang kami masuk. So aman damai. Anak pun duduk bersila cam umah sendiri. Sebab nak tunggu diorang gi amik tukar-tukar size agak makan masa. Nasihat saya, belilah awal-awal. Terutama yang penting macam baju dan kasut. Kain tu tak pe lagi kot.

Cer teka berapa hinggit habis tadi? Nampak sikit kan? Tekan kalkulator gak la nak congak-congak tadi.... cam tak caya. Tapi benda keperluan, nak tak nak memang kena beli. Korang bayangkan kalau anak 2, 3, 4, 5 orang nak masuk sekolah.... hihihi takkan nak homeschooling sampai tua sebab nak jimat kan? pandai-pandai la bajet kumpul duit ke apa.. ok? Sekian untuk kali ni..

Terima kasih sudi baca..

No comments:

Post a Comment