Sunday, January 5, 2014

Kehamilan : Pendarahan & Keguguran

Assalamualaikum...

Saya mintaa maaf sangat sebab tak aktif blogging lepas siapkan blog. huhu
Saya janji dengan diri sendiri akan rajin update blog mulai hari ni. So saya kutip balik entri dari blog saya yang tak aktif tu tempek kat sini. Senang saya nak rujuk.

Entri bertarikh 30 Oktober 2012
www.norilani.blogspot.com

Hari ni saya nak kongsi pengalaman mengandungkan anak ke 3. Sekarang dah masuk minggu ke 20 kehamilan. Alhamdulillah mak dan baby sihat. Saya mengalami pendarahan semasa minggu ke 11. Waktu itu selepas hari raya aidilfitri. Ada 2 majlis perkahwinan besar yang saya kena join. Pertama kenduri adik ipar saya yang berlansung di rumah mertua saya.. Memang seronok buat persiapan kenduri ramai2.. Saya buat kerja ringan2 je sebab tgh pregnant. Semua berjalan dengan lancar.

Seminggu kemudian, kenduri kakak saya yang berlansung di kampung belah mak saya iaitu di Kuala Pilah. Jadi, kami satu family kena travel dari Perlis ke N.Sembilan.. Memang letih sangat tak cukup rehat tapi excited sebab nak jumpa sepupu2 yang dah lama tak jumpa. Kebetulan sehari selepas kenduri kakak, adik saya kena mendaftar masuk ke UKM. So saya, suami, anak2, family kak long menemani adik ke UKM. Mak abah tak dapat pergi sebab menghadiri majlis di rumah pihak pengantin lelaki di Shah Alam.




Di sinilah semuanya bermula... Selesai pendaftaran adik di UKM, kami semua ke Giant untuk beli barangan keperluan adik dan bersarapan. Saya order roti telur dan teh tarik. Masa tengah tunggu order sampai, rasa macam period. Dapat rasa darah keluar banyak sangat. Saya terus bagitau suami dan ke toilet. Memang banyak sangat darah masa tu. Kak long yang tengah tunggu kat meja makan terus bungkus je sarapan yang kami order tadi. Kami semua bergegas ke Hospital Serdang.

Sampai kat sana tak payah tunggu lama terus je masuk wad kecemasan dan diberi rawatan. Ambil tekanan darah, sesi interview skit pastu scan. Berehat jap kat katil yang disediakan. Lepas tu scan semula dengan doktor pakar. Katanya saya mengalami "Threaten Miscarriage" juga dikenali sebagai "Keguguran Terancam", "Ancaman Keguguran" atau "Threaten Abortion". Masa doktor pakar scan baby saya, Alhamdulillah masih ada denyutan jantung baby. Dan doktor tgk keadaan rahim sama ada terbuka atau tertutup. Jika terbuka maknanya baby nak keluar.. maknanya keguguranlah. Tapi rahim saya tertutup jadi saya dibenarkan balik dan berehat sehingga darah berhenti. Tak boleh buat kerja berat. Pendek kata hanya perlu berehat sahaja. Complete Bed Rest.

Jadi kami ambil keputusan hantar adik ke UKM dan kami stay di rumah kak long. Postponed dulu agenda untuk balik ke Perlis. Selepas sehari berehat, suami ambil keputusan untuk pulang ke Perlis. Jadi kami bertolak malam.. Anak2 pun senang nak control sebab diorang tidur je sepanjang perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai umah.. Sebulan jugak la saya rehat.

Semua kerja2 rumah suami yang uruskan. Kemas rumah, basuh baju, siapkan anak2, memasak, iron baju. Semua kerja saya suami ambil alih..Terima kasih abang ♡♥ So pendarahan tu berhenti sendiri lepas sebulan berehat. Ada juga ke klinik swasta, doktor bagi ubat duphaston untuk kuatkan kandungan. Dia nasihat suh berehat je..

 Jadi saya ringkaskan disini, kalau berlaku pendarahan semasa awal kehamilan, iaitu sebelum minggu ke 28, kemungkinan akan berlakunya keguguran. Semasa pendarahan berlaku, cepat2 baring sebab boleh selamatkan keadaan.













Nor Ilani
Shaklee ID : 921844
il4ni@yahoo.com
019-476 2466 (Call, SMS, WhatsApp)

FB Page : Can Can Mali

2 comments:

  1. dahsyat...pengalaman ni bolh bntu sy kelak.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ckin. selepas 2 kali bersalin, ini lah detik paling saya cemas sekali. harap pengalaman ni dapat bantu kawan-kawan di luar sana :)

      Delete