Tuesday, January 7, 2014

Gigi pertama si comel Azwa

Assalamualaikum..

Anak ketiga saya, Azwa Afrina dah masuk usia 9 bulan.
Semalam suap Azwa makan.. rasa macam ada benda kasar. Sekali tengok, eh ada gigi nak tumbuh la...
Yahoo!! akhirnya...

Sebab anak sulung dengan anak kedua, seingat saya awal gigi diorang tumbuh. Azwa macam lambat pulak naik gigi. Tapi Azwa lebih cepat perkembangannya.. 9 bulan dah nak meniti (berjalan). Rasanya bayi yang menyusu badan memang cepat perkembangannya. Tapi bergantung juga pada persekitaran. Setuju tak?

Azwa fully breastfeed.. tu yang saya risaukan. Ini pengalaman pertama saya menyusukan anak walaupun saya sudah mempunyai 3 orang anak. Ya, 3 orang anak! Sebelum ni saya gagal menyusukan anak saya sepenuhnya sebab kekurangan ilmu. Nanti saya kongsikan kisahnya :(

Yang saya bimbangkan... kalau dia gigit time BF! haha... setakat ni tak da apa lagi la. Syukur Alhamdulillah :)












Nor Ilani
Shaklee ID : 921844
il4ni@yahoo.com
019-476 2466 (Call, SMS, WhatsApp)

FB Page : Can Can Mali

No comments:

Post a Comment