Wednesday, January 8, 2014

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Assalamualaikum.

Saya dulu masa mengandung rajin baca pasal info kehamilan. Baca blog2 tentang pengalaman diorang melahirkan.. Buku2 berkaitan kehamilan.. semua saya beli.

Saya disahkan hamil selepas buat pemeriksaan di Klinik Tan & Lee, Kangar. Saya ingat lagi tarikhnya 12/4/2008. Sebab apa saya ingat? Sebab tarikh EDD (tarikh jangka bersalin berdasarkan scan) ialah 4/12/2008.

Sepanjang kehamilan, saya tak ada masalah langsung masa tu. Tak ada morning sickness, selera makan pun ok, HB darah elok, semuanya OK.. Yang saya ingat amalan saya sebelum mengandung, saya amalkan makan asid folik. Masa pergi kursus kahwin ada diberitahu seeloknya makan asid folik 3 bulan sebelum kita nak hamil sebagai persediaan. Nanti saya buat entri kenapa perlu makan asid folik untuk hamil ya?

Sekarang dah anak tiga saya dah tahu. Lepas ni kalau mengandung lagi, saya nak amik complete set ibu hamil Shaklee. Rugi lah anak dah 3 baru tahu kewujudan set ni. Grrrrrr (kenal shaklee masa dekat2 nak bersalin anak ke 3)

Cuma yang negatifnya bila saya kenang balik ada la beberapa masalahnya. Berat badan saya naik 24kg sepanjang saya mengandungkan anak pertama. Haaa jangan tak percaya. Saya memang tak ada pantang apa2.. Malam kalau lapar, makan..... Tengah malam lapar? makan.... Siap bangun pukul 4 pagi kejutkan suami teman saya makan... Lapar sampai tak lena tidur masa tu.

Pengajaran kat sini, jangan tiru macam saya cerita di atas. Memang kita akan lapar. Jadi, yang betulnya adalah makan sikit tapi kerap. Faham ke? Makan kuantiti sikit. Kalau lapar pulak lepas sejam, makan lagi sikit... Macam tu tak pe. OK?

Pastu muka saya naik jerawat besar2... memang waktu tu masalah kulit muka menjadi2. Awal2 tu ok lagi... masa 5 bulan ke atas dia start. Saya google, baca blog orang, baca buku.. memang ada kes macam ni. Tapi sementara saja. So saya biarkan.. Alhamdulillah lepas bersalin dia ok balik. Tak naik dah jerawat besar2 tu cuma tinggalkan parut je la. Sebab ada gak saya usik2 jerawat tu. huhu

Yang ni solutionnya, rawat balik kulit lepas bersalin. Habis cerita. Nak gi facial ke apa ikut suka... Tunggu habis tempoh mengandung tu. Jangan pandai2 nak gi buat rawatan facial. Ada bahan2 dan peralatan yang ibu mengandung tak boleh guna tau! Bahaya pada baby dalam perut.

Tadi cerita berat makin naik kan? So masalah lagi 1 selipar / kasut. Asyik kena beli baru sebab tak muat. Kaki dah kembang. Masa tu lah saya mula terjebak dengan kasut Scholl. Mulanya rasa agak mahal tapi memang selesa. Design tak moden sangat tapi saya memang puas hati dengan kualiti Scholl. Pandai2 la pilih. Saya selalu beli yang ada tapak memory cushion tu. Bila lama2 pakai, tapak kasut tu dah jadi bentuk tapak kaki kita. Hehe kalau gi mana2 surau ke, raya umah orang ke kalau ada kasut yang sama, dah boleh tahu silap kasut ke tak. Memang kaki rasa lain kalau pakai kasut orang. Contoh kasut saya beli macam ni..


Saya cerita takat ni dulu nanti apa2 saya update kemudian ok? Ini ada surah2 yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan. Kita sebagai orang Islam kena la rajin2 baca ayat Al-Quran tak kira lah mengandung ke tak.. Kena sentiasa amalkan. Al-Quran itu kan pegangan hidup?



OK, Terima kasih sudi singgah blog yang baru nak hidup ni. Slow2 saya cantikkan nanti.













Nor Ilani
Shaklee ID : 921844
il4ni@yahoo.com
Tel : 019-476 2466 (Call, SMS, WhatsApp)

FB Page : Can Can Mali

4 comments:

  1. Senangnya kalo lagi hamil ok ok aja :)
    beda sekali saat saya hamil dulu. Tapi itu semua patut di syukuri, karena saya mendapat bayi yang sehat & cantik :)

    http://alzena-shakila.blogspot.com/2012/02/perjuangan-mengandung-shakila.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah Bundanya_Shakila :)

      Delete
  2. Singgap blog awak! Keep it up. All the best :)

    ReplyDelete