Wednesday, November 5, 2014

Serik anak masuk wad sebab batuk berkahak !

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Saya dan family Alhamdulillah sihat. Cuma anak lelaki yang sorang tu batuk-batuk sikit. Huzaifah namanya. InsyaAllah sembuh nanti.

Hari ni nak share pengalaman pasal anak ketiga saya, baby Azwa. Sekejap je dah besar. Nak belajar ABC Alif Ba Ta dah pun.

Hari ni Azwa dah 21 bulan. Masa Azwa umur 8 bulan, dia mula dengan selesema. Pastu start batuk, lama-lama jadi makin teruk pulak batuk berkahak. Disebabkan saya fully menyusu Azwa dengan susu badan, saya makan pelbagai suplemen untuk kuatkan pertahanan badan saya dan Azwa. Tapi jangan ingat makan suplemen kita tak jatuh sakit tau ! Sekali sekala Allah nak uji juga dengan kesakitan. Tak gitu? Kifarah dosa....

Permulaan ceritanya, kami bawa Azwa ke klinik di sekitar Kangar. Kebanyakannya bagi ubat dan buat neb untuk cairkan kahak. Tapi tak memuaskan hati. Azwa masih batuk-batuk, malah semakin teruk bunyinya ! Saya nekad ajak suami ke hospital swasta KMC di Kedah.

Berjumpa dengan Dr. Razif, setelah diperiksa memang doktor cadangkan admit terus. Kami awalnya nak datang check saja. Jadi memang betullah naluri saya, ada sesuatu terjadi pada Azwa. Jadi berkampunglah kami di KMC 3 hari 2 malam.

Sepanjang 3 hari 2 malam di situ, Azwa diperiksa dengan rapi. Selang beberapa jam, nurse akan datang ambil suhu dan bagi ubat. Ada sesi fisioterapi juga untuk Azwa. Ni yang sayu tengok ni. Azwa akan dibedung macam baby. Di tepuk-tepuk bahagian depan dada dan belakang badan oleh pakar fisioterapi. Ini bertujuan melonggarkan kahak yang ada di paru-paru. Lepas tu satu tiub panjang akan dimasukkan dalam mulut dan hidung untuk sedut kahak keluar. Memang nampak lah banyak mana kahak tu... kuning hijau semua ada.


Nampak tak Azwa meraung tu? 
Nurse nak masukkan tiub dalam hidung dia.. Sedih kan??
Yang gambar kecil tu gambar terbaru. Ya Allah, memang happy tengok anak sihat !

Azwa punya la meraung tak ingat dunia. Tu dalam keadaan masih dibedung. Mak tengok je lah demi kebaikan anak. Dah datang KMC nak buat rawatan, tak kan kita nak halang pulak kan? Doktor tentu akan advise yang terbaik buat pesakitnya.

Selesai 3 hari 2 malam, pulanglah kami ke rumah berbekalkan sedikit ubat-ubatan untuk dihabiskan. Alhamdulillah, walaupun bil hospital memang boleh tahan gak harganya, tapi sangat-sangat berbaloi dan puas hati. Masa ni tak beli lagi medical insurans untuk Azwa.

Dan Alhamdulillah, sampai sekarang Azwa sihat walafiat, Tak mudah berjangkit demam, selesema ataupun batuk. Start umur Azwa 12 bulan, saya dah mula perkenalkan makanan tambahan pada Azwa. Sebelum tu cuma saya yang makan sebab Azwa menyusu. So apa saya makan, Azwa akan dapat khasiatnya.

 
Inilah set makanan tambahan yang saya bagi pada Azwa, kakaknya Aimi dan abangnya Huzaifah.

Saya bersyukur sangat dengan izin Allah, anak-anak saya membesar dengan sihat. Semua jenis selera makan nasi. Kalau tengok Azwa makan memang tak percaya. Bertambah-tambah nasi !!

Ibu-ibu, kawan-kawan, kalau nak ikhtiar untuk kesihatan anak, boleh cuba set ni. Saya dah cuba dan memang rekemen. Boleh hubungi saya kalau berminat ya..




Nor Ilani Daod
019-476 2466

Agen Shaklee Perlis.
Kawasan penghantaran COD sekitar Kangar, Kuala Perlis, Padang Besar, Arau dan seluruh Perlis.
Poslaju ke seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment